Monday, January 10, 2011

Semester Bermula!~

Ruj Kami : BLM 1 (52)
Tarikh : 10 Januari 2010

Encik Heidi Shafiq
Cik Intan Nurul Fateha
Cik Cimi Comot
Cik Sara Aimi
Cik Ana Farhana
Cik Nurul Chumel
Cik Nelly The Baby
Cik Ween Gojes
Cik Asfz Laily

Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan,


BERMULANYA SEMESTER BARU SEBAGAI SEORANG PELAJAR


Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.


2.   Dukacita dimaklumkan, semester baru telah bermula. Saya telah memasuki semester 2 dengan jaya-tak-berapa-nak-jaya-sangat-la. Ini adalah kerana, saya punye pointer amatlah DASYAT-hingga-kesatria baju hitam-pon-gentar-nak-jeling! 


3.   Sehubungan itu, saya telah diarahkan untuk me-repeat satu paper. Apekah neraka! Oleh itu, saya telah tertinggal satu subjek! Dem! Oleh sedemikian, saya berharap agar pihak Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat menyumbangkan sedikit saguhati berupa wang tunai untuk membiayai yuran pengajian saya sebanyak RM 1,061.00. 


4.   Justeru itu, saya dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa saya tersangatlah mengalami tekanan fizikal dan tercalar mental lalu mengambil suntikan H1N1 secara percuma. Ouh ini saya tipu. Saya taknak kena enjet. Saya tatot demam. Akibat terlalu berduka, kerajenan jari jemari halus, kudus, tulus dan mulus ini teramatlah malas untuk menaep juga menghapdet blog serta menjaet tempahan yang banyak itu. Di samping itu, saya merayu agar Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan dapat membantu saya menangani stress ini.


5.   Kerjasama dan jasa baik Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan dan meluluskan serta memanipulasikan perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" KE ARAH MELAKA BEBAS ASAP ROKOK "


Saya yang menurut perintah,




.............t.t................
( ZETTY FARA EREENA BINTI SELAMAT)
Penulis Blog BLM
s.k     :     Fail Timbul




-------
ini adalah cetakan komputer, tidak memerlukan otograp.




nota kaki kudus : 
weh! tekanan la weh aku kena repeat satu subjek! da la 4 taon bawu nak habes, taon bile nak sudah neh! tak kawen aku neh kang! heh!

7 comments:

cimi said...

uhuk.
bawak berTENDANG ye cik zetty fara ereena.
saye pun tak bole membantu dalam soal yuran yang banyak kerana saye pon selfsponser. T_T
owh jangan lupe makan ubat bawak berTENDANG taw.
gtaw bile free nanty kite hangout bagi ilang tekanan.

Unknown said...

surat ini akan saya ajukan kepada doktor pakar mental dan tekanan jiwa disebabkan hal repeat dan yuran menjejaskan kewarasan pelajar.. sekejap lagi ambulance akan dtg ke rumah awak.. jgn lari.. mereka kawan saya.. awak ikut je mereka.. wad gila x teruk mane pun.. bersabar la..

yg benar,
Datuk Yang Mulia Heidi Shafiq

intanurulfateha said...

HAHAHA sabar yer nak
mak pun penah repeat paper dulu..
huhuhuhuuh

Nurulchumel said...

repeat paper adalah sgt kasihan..
sabar yang..sem ni u mesti boleh punya carry on..nnt I carik datuk yang boleh sponsor u yeh!

K I E R A said...

Be strong and live a life ! :)

Sarah and Faiz said...

saya selaku datin sara aimi amat amat amat berasa BANGGA atas kerepeatan saudari. dengan ini di isyhtiharkan hari sabtu dan ahad cuti bg meraikan hari itu.
sekian.

saya yg menurut perintah;
datin sara

me, nelly said...

berhubung dgn perkara di atas,
kesabaran adalah amat penting ye cik zetty, heidi mungkin ade contact ayah2 ayam tersohor di keyhell. namun dgn itu, repeat paper itu lumrah.

ke arah melaka maju 2010

ref: cik puan muda bergetah nelly oh yeah! :P